Pengkaji dari China, pendaki pertama Gunung Everest tahun ini

  • 2 tahun lalu
Sekumpulan pengkaji dari China menjadi kumpulan pertama yang mendaki Gunung Everest tahun ini, bagi tujuan mengukur semula ketinggian tepat gunung tertinggi dunia itu.

Ekspedisi itu bermula selepas China dan Nepal membatalkan sesi pendakian musim bunga, kerana khuatir ahli kumpulan itu dijangkiti COVID-19.