90 pulih, 50 positif dan sifar kematian setakat 21 Mei

  • 2 tahun lalu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, terdapat 90 kes yang telah pulih, 50 kes pofitif baharu, dan sifar kematian setakat 21 Mei 2020, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam pada itu, tiga daripada jumlah positif yang dilaporkan merupakan kes import dan 47 kes penularan tempatan, dimana 41 adalah bukan warganegara, dan 34 telah dikesan di depoh tahanan imigresen, Bukit Jalil.