Agong bertitah menyeru semua pihak bersama kerajaan pulihkan ekonomi rakyat

  • 2 tahun lalu
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar semua pihak termasuk majikan membantu kerajaan dalam memulihkan semula ekonomi negara selepas pandemik COVID-19. Jelas baginda, industroi dan perniagaan antara terjejas teruk perlu diberi sokongan dalam memastikan kebajikan rakyat terbela. Baginda turut menyandarkan harapan inisiatif yang diambil oleh kerajaan menerusi Majlis Tindakan Ekonomi (MTEM) termasuk pengenalan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dapat memberi impak kepada setiap rakyat di negara ini.