'Ramadan Bersama Palestin, semarak kasih sayang merentas sempadan

  • 2 tahun lalu
Semarakkan kasih sayang merentas sempadan di bulan mulia ini dengan bersama-sama menghulurkan bantuan menerusi kempen ‘Ramadan Bersama Palestin’ anjuran Aman Palestin Bhd.
Inisiatif yang dilaksanakan ini pastinya memberi senyuman dan kegembiraan kepada saudara kita di Palestin, dalam meneruskan ibadah di bulan Ramadan yang masih berbaki sebelum menyambut Syawal tidak lama lagi.