Persidangan 18 Mei ini sah - Pakar Perlembagaan

  • 2 tahun lalu
Persidangan Parlimen yang dijadualkan diadakan selama sehari pada 18 Mei ini adalah sah dari segi undang-undang.

Menurut Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan hanya menetapkan persidangan Parlimen perlu diadakan dalam tempoh enam bulan selepas sidang terakhir diadakan.