Jika umat Islam tidak jaga kesihatan dan nyawa, bagaimana mahu jaga agama?

  • 2 tahun lalu
Umat Islam diminta menjaga nyawa dan keselamatan diri dari sebarang ancaman penyakit, termasuk wabak COVID-19 yang sedang melanda negara ketika ini.

Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM) Dr Mohd Farid Mohd Shahran berkata, sekiranya gagal berbuat demikian, kemungkinan besar Islam itu sendiri tidak dapat dilaksanakan dengan baik.