M. Usharani - Anggota bomba, ibu, wanita besi

  • 2 tahun lalu
Usianya sudahpun menjangkau 51 tahun. Namun sosok kecil dan kecekalan ibu kepada 2 anak ini masih lagi sama semasa beliau mula-mula diterima berkhidmat dalam pasukan bomba 30 tahun lalu.

Sempena Hari Ibu pada kali ini, wartawan Ernalisa Othman mendekati seorang anggota bomba wanita di dalam pasukan khas Unit Perkhidmatan Bantuan Perubatan Kecemasan EMRS di balai Bomba dan Penyelamat di Larkin Johor Bahru.