Cerita Sebalik Berita: Normal Baharu - Cabaran dan peluang pengangkutan awam

  • 2 tahun lalu
Penyelidik Utama, Pusat Kecemerlangan Industri Rel (ICOE-Rel) UTHM, Dr Mohd Fahmy Abdullah, memberitahu, pengusaha pengangkutan awam perlu menambah kekerapan tren dan bas serta menyediakan perkhidmatan e-wallet agar ia selari dengan SOP PKP dan Dasar Pengangkutan Negara yang dirancang pada tahun 2019 hingga 2030 antaranya meningkatkan keselamatan, integrasi dan keboleh capaian perjalanan.

Terdahulu, beliau berkata, dalam proses pemulihan, masyarakat di seluruh dunia memang mengalami trauma untuk menaiki pengangkutan awam dan mengambil langkah berjaga-jaga namun ia perlu juga dilihat dalam aspek persediaan pengangkutan awam tersebut.