94 individu terima bantuan khas hilang pendapatan Tabung COVID-19

  • 2 tahun lalu
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, mereka yang telah dirawat akibat jangkitan COVID-19 atau kontak rapat dengan pesakit diberi sebanyak RM100 sehari selama 14 hari tempoh kuarantin.

Tabung COVID-19 dilancarkan Perdana Menteri pada 10 Mac 2020 dan hingga 7 Mei lalu telah mengumpul sebanyak RM40,298,699.49 hasil sumbangan pelbagai pihak.