Lebih sejuta rakyat Malaysia daftar aplikasi Gerak Malaysia

  • 2 tahun lalu
Seramai 1.2 juta individu telah membuat pendaftaran aplikasi mudah alih Gerak Malaysia dengan lebih 503,276 orang daripadanya memohon untuk mendapatkan permit bagi melakukan perjalanan rentas negeri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya menyedari jumlah permohonan untuk meneruskan perjalanan rentas negeri menunjukkan peningkatan yang ketara setakat 1 Mei.

Justeru katanya, semua pemohon disarankan supaya mengemaskini maklumat lokasi masing-masing bermula 4 dan 5 Mei ini.

Disyorkan