Pergerakan dari kampung ke bandar bermula Khamis 7 Mei

  • 2 tahun lalu
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, tempoh masa itu akan berlanjutan hingga Ahad 10 Mei dan PDRM akan sediakan jadual perjalanan untuk mereka terlibat selain kenyataan media bagi menjelaskan secara terperinci mengenainya.

Bagaimanapun, kakitangan kerajaan tak perlu tergesa-gesa pulang ke tempat kerja kerana KSU bersetuju supaya mereka tak perlu memulakan kerja pada 4 Mei sebaliknya akan memulakan kerja mengikut jadual PDRM.