Premis tidak ikut SOP, akan diarah tutup

  • 2 tahun lalu
Mana-mana premis yang dikesan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan sosial akan diarah tutup serta-merta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, langkah yang sama akan diambil sekiranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan mana-mana individu dijangkiti COVID-19 di premis berkenaan.