643 individu ditahan kerana ingkar PKP setakat 28 April

  • 2 tahun lalu
Setakat 28 April 2020, seramai 643 individu telah ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berbading 489 pada hari sebelumnya, menjadikan jumlah tangkapan kumulatif ialah 21,749, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam pada itu, sebanyak 245 operasi sanitasi telah dilakukan di zon kuning dan merah di seluruh negara pada 28 April 2020.