Malaysia, Qatar perbaharui komitmen kukuhkan hubungan diplomatik

  • 2 tahun lalu
Malaysia dan Qatar memperbaharui komitmen bagi terus mengukuhkan hubungan diplomatik sedia ada antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perkongsian terbaharu di Facebook memaklumkan, beliau menerima panggilan telefon daripada Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani pada petang Isnin.