KKM, PDRM pantau setiap tingkat Menara City One

  • 2 tahun lalu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan bekerjasama dengan polis bagi memastikan tiada sebarang aktiviti 'mass gathering' dan pematuhan penjarakan sosial di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah yang merupakan salah satu daripada kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pasukan keselamatan dan kesihatan akan melakukan pemantauan di setiap tingkat berbanding hanya bangunan blok sebelum ini.

Disyorkan