Hari Bumi: Alam sekitar beri respons positif terhadap PKP

  • 2 tahun lalu
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19 bukan sahaja membawa norma baharu dalam kehidupan masyarakat tetapi turut memberi 'nafas baharu' kepada alam sekitar.

Ia berikutan aktiviti manusia yang menyumbang kepada pembebasan karbon dioksida seperti asap kenderaan dan aktiviti perindustrian yang merupakan penyumbang karbon dioksida kedua tertinggi di Malaysia iaitu 23 peratus dapat dikawal kepada tahap minimum.

Ini terbukti melalui rekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang secara purata di bawah tahap sederhana iaitu kurang daripada 60, manakala di Kuantan (Pahang), Tanjung Malim (Perak), Paka (Terengganu), Alor Setar (Kedah), Kangar (Perlis) dan beberapa kawasan di sarawak mencatatkan IPU di bawah 50 iaitu di tahap baik.

Bagi membincangkan perkara itu dan bersempena dengan hari bumi bersedia secara Skype adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia, Dr. Mohd Yusoff Ishak.