Duduk jangan lari! Dua lokasi diumumkan sebagai PKPD Keenam

  • 2 tahun lalu
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, dua lokasi itu adalah di Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur dan sekitar Pasar Borong Selayang yang akan berkuatkuasa 20 April hingga 3 Mei 2020 melibatkan lapan parcel. Langkah itu bagi membendung jangkitan COVID-19 di kawasan itu dan membolehkan aktiviti pengesanan serta saringan kesihatan dilakukan dalam kalangan penduduk.