AWANI Pagi: Realiti Rakyat di Jelebu

  • 2 tahun lalu
Astro AWANI membawakan 'Realiti Rakyat', tumpuan khas yang mengangkat suara rakyat dan realiti kehidupan mereka akibat COVID-19.

Untuk rakyat, anda boleh menghubungi Astro AWANI. Untuk kepimpinan, Astro AWANI akan memberi peluang kepada setiap wakil rakyat yang anda lantik untuk menyuarakan realiti di kawasan anda.

Ekonomi juga penting. Oleh itu dari sekecil-kecil usahawan mikro sehinggalah perniagaan gedung besar, ini platform untuk anda suarakan isu dan inovasi yang diperlukan.

Setiap masalah, segala kegusaran akan kami bawakan di Astro AWANI. Tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir, kerana Astro AWANI prihatin. Kekal di rumah, kita jaga kita untuk hapuskan COVID-19.

Ketika ini bersama Ahli Parlimen Jelebu, YB Dato' Jalaluddin Bin Alias membincangkan tentang realiti rakyat di Jelebu.