Kerajaan perlu timbang kelonggaran operasi untuk semua sektor - FMM

  • 2 tahun lalu
Kerajaan perlu menimbangkan kelonggaran untuk semua sektor beroperasi sekurang-kurangnya dengan kapasiti 50 peratus.
Presiden Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) Tan Sri Soh Thian Lai turut mencadangkan agar semua 'sektor penting' dibenar beroperasi 100 peratus berbanding hanya 50 peratus ketika ini.
Jelas Soh Thian, langkah itu bukan sahaja dapat memulihkan aliran tunai sektor perindustrian tempatan, malah ia mampu memastikan sektor perniagaan kekal bertahan sepanjang penularan wabak COVID-19.