Biarpun jauh di pendalaman, tetap patuhi arahan PKP

  • 2 tahun lalu
Berada jauh di kawasan pedalaman dan serba kekurangan, tidak menjadi masalah kepada lebih lima ratus orang asli Kampung Sungai Berua, untuk patuh arahan kawalan pergerakan.
Bagi masyarakat orang asli dari suku kaum Semaq Beri ini, mereka bergantung maklumat daripada pihak berkuasa serta televisyen sahaja.
Dan hanya mereka yang mempunyai peranti Astro dapat mengikut perkembangan menerusi saluran televisyen.
Kita ikut laporan lanjut bersama wakil Astro AWANI Terengganu Nur Fazlizai Ali yang melakukan tinjauan di kampung tersebut.

Disyorkan