Bekalan barangan asas cukup hingga Aidilfitri

  • 2 tahun lalu
Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) memberi jaminan semua barangan keperluan asas akan mencukupi, meskipun sekiranya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan selepas 14 April ini.

Presidennya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, malah pihaknya akan memastikan semua bekalan berkenaan tidak terputus terutamanya menjelang bulan Ramadan dan Aidilfitri kelak.