Isi rumah terkesan dengan unjuran 0.1 peratus

  • 2 tahun lalu
Perbelanjaan isi rumah akan terkesan dengan penguncupan unjuran 0.1 peratus pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk 2020 berbanding sasaran pertumbuhan 4.5 peratus sebelum ini.

Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari bagaimanapun berkata, angka itu diperolehi selepas mengambil kira unjuran suntikan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) baru-baru ini.