Ingkar PKP, 26 individu didenda RM1,000 setiap seorang

  • 2 tahun lalu
26 individu dihukuman denda RM1,000 setiap seorang atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas tuduhan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seorang daripada mereka turut didenda RM6,000 atau 10 bulan penjara jika gagal membayar denda kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas pemantauan PKP.