Jangan pilih individu yang terlibat kes mahkamah sebagai menteri

  • 2 tahun lalu
Semua pemimpin politik yang masih dikaitkan dengan rekod jenayah atau terlibat dengan kes perbicaraan di mahkamah disarankan menarik diri jika dipilih menjawat jawatan menteri.

Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, langkah itu bagi memastikan aspek intergriti serta kredibiliti kerajaan yang dibentuk menerusi Perikatan Nasional mendapat kepercayaan rakyat.