Azmin kritik tindakan polis terhadap peserta perhimpunan

  • 2 tahun lalu
Bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengkritik tindakan polis terhadap peserta perhimpunan di Dataran Merdeka Ahad lalu.

Mohamed Azmin yang memuat naik satu kenyataan menerusi akaun Instagram miliknya berkata, hak mengadakan perhimpunan secara aman termaktub dalam perlembagaan persekutuan.