Setiausaha Agung Bersatu mungkin ditukar kerana langgar perlembagaan parti

  • 2 tahun lalu
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya, berkemungkinan akan digantikan kerana melanggar peraturan dan perlembagaan parti.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof memaklumkan, ia berkaitan kenyataan yang dikeluarkan beliau berhubung status jawatan pengerusi parti yang dakwanya masih dipegang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelas Datuk Seri Mohd Redzuan, setelah perletakkan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi, Presiden Tan Sri Muhyiddin kini memangku jawatan berkenaan sehingga pemilihan diadakan bagi memilih pengerusi baharu.