Malaysia2020: Perkembangan politik melalui bidang undang-undang

AWANI

oleh AWANI

0 tontonan
Susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, Malaysia kini tanpa 'caretaker government' sementara dalam situasi tiada kabinet. Menurut pensyarah fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datin Faridah Jalil, Yang Di-pertuan Agong perlu berperanan dengan mengambil tindakan bijaksana. Bagaimanapun, Tun Mahathir mempunyai beberapa pilihan samada memberi nasihat kepada Yang Di-pertuan Agong untuk membubarkan parlimen ataupun beliau boleh mengemukakan nama-nama baharu untuk pembentukan kerajaan.