Peralihan kuasa: Mesyuarat Majlis Presiden PH hanya kukuhkan keputusan sedia ada

  • 2 tahun lalu
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Jumaat hanya mengukuhkan keputusan persetujuan bahawa perbincangan peralihan kuasa akan berlaku selepas penganjuran kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Menurut Penganalisis Politik Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Hamidin Abdul Hamid, ketetapan itu harus diterima semua pihak yang gusar akan proses peralihan kuasa tidak berjalan lancar antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Disyorkan