Guru besar mengaku tidak bersalah terima rasuah

  • 2 tahun lalu
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanah Rata di Cameron Highlands Pahang, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima rasuah di Mahkamah Sesyen 2, Kuantan pada Khamis.

Tertuduh, Sahrum Ayumi Yusoff, 53 tahun, tidak mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan membabitkan suapan berjumlah RM6,918 yang dibacakan di hadapan hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.