Bekas isteri maut ditembak 7 das selepas 5 hari bercerai

  • 2 tahun lalu
Seorang lelaki menembak mati bekas isterinya dan mencederakan seorang wanita lain dalam satu insiden tembakan di sebuah kompleks membeli belah di Thailand pada Selasa.
Dalam kejadian jam 3.15 minit petang waktu tempatan itu, suspek merempuh masuk sebuah klinik kecantikan di Century The Movie Plaza di Ratchadewi dan melepaskan tembakan.