Peruntukan untuk Kesedar kurang, tekad laksana projek baharu 2020

  • 2 tahun lalu
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar ) menerima peruntukan sejumlah RM106.7 juta bagi melaksanakan projek pembangunan di kawasannya pada tahun ini.

Di sebalik pengurangan berbanding tahun lalu, Pengerusinya, Datuk Sazmi Miah berkata, ia tidak menghalang kesedar untuk melaksanakan empat projek pembangunan baharu pada 2020.