Maritim rampas set peralatan bubu naga

  • 2 tahun lalu
Sepasukan anggota Maritim bertindak menyerbu dan merampas 92 set peralatan menangkap ikan iaitu bubu naga atau juga dikenali sebagai China Prawn Net Trap di kawasan pantai Kuala Kangkong dekat Kuala Kedah.
Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim, Mahmad Faizal Ahmad, anggotanya merampas peralatan menangkap ikan (bubu naga) masing-masing berukuran lebih kurang 10 meter panjang.

Disyorkan