Makna penyertaan BRN di meja rundingan damai selatan Thailand

  • 2 tahun lalu
Hari ini, kumpulan pemberontak, dikenali sebagai Barisan Revolusi Nasional mengadakan sidang media bagi mengumumkan kesediaannya terlibat sama dalam proses damai di selatan Thailand yang diusahakan Malaysia.
Sidang media diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya.
Ia merupakan satu perkembangan yang positif memandangkan ketika ini, proses damai antara Mara Patani atau Majlis Syura Patani dan kerajaan Thai berpusat di Bangkok tidak memasukkan penyertaan sayap tentera Barisan Revolusi Nasional.
Untuk perkembangan lanjut dan apa maknanya prospek damai di selatan Thai, kita terus sahaja bersama rakan setugas, Dr Azlinariah Abdullah di Petaling Jaya.