Catu air jika kemarau berterusan di Kedah - Xavier

  • 2 tahun lalu
Catuan air kepada pengguna di Kedah mungkin dilaksanakan dalam masa terdekat, kerana kemarau di negeri terbabit dijangkakan berlarutan sehingga Mac tahun ini.
Bagaimanapun, menurut Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar, pihaknya terlebih dahulu membuka kesemua telaga tiub yang ada di Kedah, sebelum melaksanakan catuan.