Niaga AWANI: Pembangunan ekonomi kunci keamanan selatan Thailand

  • 2 tahun lalu
Keamanan di tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Narathiwat, Yala dan Pattani, yang 80 peratus penduduknya beragama Islam hanya boleh dikecapi melalui kemajuan ekonomi.

Ini sebagaimana dirancang Pusat Pentadbiran Sempadan Wilayah Selatan, SBPAC.

Kerajaan yang berpusat di Bangkok, menggalakkan pendekatan ekonomi bagi menyelesaikan masalah dan membangunkan wilayah sempadan selatan itu bagi meningkatkan kualiti hidup dan mewujudkan keamanan berkekalan.

Ikuti laporan ini disediakan Editor Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah, dari Yala, selatan Thailand.

Disyorkan