Mayat pemancing lemas ditemui

  • 2 tahun lalu
Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas ketika memancing ikan bersama beberapa rakannya Rabu lalu di Sungai Muda berhampiran Kampung Kemumbung, Sidam Kiri ditemui pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mayat Mohd Khairul Rosli, 29, ditemui tersangkut pada jarak 1.3 kilometer dari kawasan pencarian mangsa dilaporkan terjatuh.