Kompaun ingkar jawi, bukti kerajaan Pahang tegas

  • 2 tahun lalu
Pelekat tulisan jawi yang diletakkan pada papan tanda dan iklan di seluruh negeri Pahang perlu dapat dilihat dengan jelas oleh orang ramai dan diletakkan di bahagian atas.
Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Abdul Rahim Muda berkata mana-mana peniaga yang didapati ingkar, akan dikenakan kompaun sehingga 250 ringgit bagi satu kesalahan dan sekiranya mereka masih enggan mematuhi, tindakan pembatalan lesen akan dikenakan.