Yang di-Pertuan Agong mahu Jabatan Kehakiman Syariah terus diperkasa

  • 2 tahun lalu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar Institusi Kehakiman Syariah negara terus diperkasa.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapannya untuk melihat jawatan Ketua Hakim dan Hakim Syarie di Malaysia dapat dipertingkatkan mengikut kelayakan masing-masing.