Lima maut kereta bertembung lori

  • 2 tahun lalu
Lima maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta yang bertembung dengan sebuah lori di kilometer 427 Lebuh Raya Plus arah utara ke selatan, awal pagi Jumaat.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.45 pagi dan tiba 23 minit kemudian pada jarak 20 kilometer dari tempat kejadian.