KPM tiada pelan hapus hutang PTPTN 50 peratus

  • 2 tahun lalu
Kementerian Pendidikan tidak bercadang untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak 50 peratus kepada semua penghutang PTPTN.
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata sekiranya insentif itu hendak dilaksanakan, kerajaan perlu membelanjakan sebanyak 29 bilion ringgit iaitu 50 peratus daripada keseluruhan pinjaman yang telah dikeluarkan setakat ini.