Jumlah mangsa banjir di Pahang semakin meningkat

  • 2 tahun lalu
Di Pahang jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara di daerah Rompin terus meningkat kepada 777 mangsa daripada 199 keluarga berbanding semalam 144 mangsa daripada 36 keluarga.

Menurut aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 4 petang tadi tadi, sembilan PPS telah dibuka berbanding lima pada petang semalam.