Usaha pemerkasaan kanak-kanak perempuan oleh Yayasan Obama

  • 2 tahun lalu
Usaha pemerkasaan kanak-kanak perempuan di asia pasifik yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) tempatan perlu disokong bagi memastikan akses pendidikan dan kesihatan dapat disediakan kepada lebih 90 juta kanak-kanak perempuan di rantau ini.

Itu menjadi antara topik utama dalam perbincangan antara bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat Michelle Obama dan pelakon ternama Julia Roberts bersama bekas Miss Universe Malaysia Deborah Henry dalam sesi Plenari Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur hari ini.