Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat

  • 2 tahun lalu
Mangsa banjir di daerah Membakut, Sabah meningkat kepada 151 keluarga berbanding 97 keluarga pada Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Beaufort, Jupri Etok berkata, jumlah berkenaan melibatkan penduduk di 14 perkampungan di sekitar Membakut.