Sukan SEA 2019: Izzah Amzan dapat semula pingat emas selepas ditarik balik

  • 2 tahun lalu
Atlet gimrama negara, Izzah Amzan kini boleh mengembalikan senyuman manis selepas pingat emas yang dimenanginya sebelum ini pada temasya Sukan SEA akan dipulangkan semula.
Perkara itu disahkan Ketua Kontinjen Negara ke Sukan SEA (CDM), Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang memberitahu Izzah akan mendapat semula pingat yang dimenanginya dalam Acara Riben.