Kerajaan masih tunggu laporan mansuh hukuman mati

  • 2 tahun lalu
Kerajaan masih menunggu laporan penuh jawatankuasa khas kajian hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori berhubung pemansuhan hukuman berkenaan yang bakal diserahkan Januari depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, setakat ini terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi sebelum perkara itu dibentangkan di peringkat Kabinet.