#AWANIJr: Pelancong Asia Tenggara kagumi Terengganu Drawbridge (bhg.1)

  • 2 tahun lalu
Seramai 80 orang pelancong dari empat buah negara iaitu Singapore, Indonesia, Brunei dan Filipina yang mengikuti program Trans East Coast FAM Trips Pahang-Terengganu-Kelantan telah berkunjung ke Jambatan Angkat Terengganu atau Terengganu Drawbridge. Kedatangan mereka telah disambut oleh CEO TI Properties Sdn Bhd iaitu Encik Khalizan Mahmud . Kunjungan mereka ini juga telah dikejutkan dengan proses Bascule Terengganu Drawbridge dan semua pelancong dari Asia Tenggara ini amat teruja dan kagum dengan proses Bascule ini di mana pertama kali dalam hidup mereka menyaksikannya. Wartawan Awani Junior iaitu adik Nur Ain abdullah,14 dari TV PSS SeNILAMTV PSS Almumtazin SMK Seri Nilam Kuala Terengganu, Terengganu berkesempatan melihat proses Bascule ini dari dekat dan telah menemuramah beberapa orang pelancong dari Asia Tenggara ini. Mari kita saksikan laporan yang telah disediakan.

AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.

Disyorkan