Semua Ahli Parlimen PH telah isytihar harta - Liew

  • 2 tahun lalu
Semua 139 Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) telah mengemukakan borang akuan pengisytiharan harta kepada Dewan Rakyat setelah tempoh berbuat demikian berakhir pada Khamis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, mereka adalah antara 160 Ahli Parlimen yang telah menyerahkan borang akuan.