Ops Catut 6.0 (PSP) kekang manipulasi harga

  • 2 tahun lalu
Rentetan dasar pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) yang bakal bermula 1 Januari 2020, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil langkah proaktif melancarkan penguatkuasaan Ops Catut 6.0 PSP.

Ia bagi menangani aktiviti pencatutan dan manipulasi harga susulan pelaksanaan dasar baharu kerajaan ini.