#AWANIByte: Latih amal di empangan SAB bukti TNB sedia hadapi banjir

  • 2 tahun lalu
Sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil inisiatif dengan mengendalikan Latih Amal Pengungsian Keselamatan (Safety Evacuation Drill) di Empangan Sultan Abu Bakar (SAB), Cameron Highlands, pada 6 November lalu.

Latih amal tahunan yang disertai hampir seribu orang awam dan anggota agensi-agensi yang berkaitan bertujuan mempersiap-siagakan TNB, kesemua agensi terbabit dan penduduk empat kampung di hiliran Empangan SAB sekiranya air dari empangan terpaksa dilepaskan.

Disyorkan