Dunia digital: Media perlu lihat perubahan sikap pengguna

AWANI

oleh AWANI

0 tontonan
Kelangsungan dan daya tahan organisasi media dalam dunia digital tidak hanya perlu melihat kepada model perniagaan semata-mata. Ini kerana ia ada kaitan dengan kajian mengenai perubahan sikap pengguna itu sendiri.

Menurut Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Media dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Shahrul Nazmi Sannusi, dinamika perniagaan itu perlu dilihat secara menyeluruh dan bukan hanya kepada perubahan platform sahaja.